HOME: Programmes Undergraduate LG221 : Bachelor of Applied Lang. Studies (Hons.) Malay Language for Professional Communication

LG221 : Bachelor of Applied Lang. Studies (Hons.) Malay Language for Professional Communication

E-mail Print PDF

Latarbelakang

Program Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Melayu Komunikasi Profesional ( LG 221) merupakan program yang direka khusus untuk menghasilkan lulusan yang berwibawa dan terampil dari segi komunikasi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan latar pengetahuan bidang teknologi maklumat, pemikiran kritis, keusahawanan dan pengurusan organisasi.

 

Syarat Kemasukan

STPM atau Setaraf

Kepujian dalam Matematik

ATAU

UiTM / PASUM / Matrikulasi

PNGK Minimum 2.00 dengan gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran

DAN

SPM atau Setaraf

Kepujian dalam Matematik  / Matematik Tambahan dan lulus bahasa Inggeris

ATAU

Diploma dari UiTM

HPNG minimum 2.50

ATAU

Diploma dari UiTM

HPNG minimum 2.0 serta dua (2) tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan

ATAU

Diploma dari Institusi lain (Diiktiraf oleh kerajaan Malaysia)

HPNG 3.00

ATAU

Diploma dari Institusi lain (Diiktiraf oleh kerajaan Malaysia)

HPNG 2.75 serta dua (2) tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan

DAN

SPM atau Setaraf

Lulus dengan lima (5) kepujian dalam Matematik  dan lulus dalam Bahasa Inggeris

ATAU

Asasi Undang-undang UiTM (P1005 / P1006)

HPNG minimum 2.50

NOTA : Calon mesti lulus temuduga yang dikendalikan oleh fakulti dan mendapat sekurang-kurangnya Band 1 di dalam Malaysian University English Test (MUET)

Sinopsis

KOD

APB 410

KURSUS

PENDEKATAN DAN AMALAN BERFIKIR (PRACTICES AND APPROACHES OF THINKING)

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini memfokus kepada kemahiran berfikir secara kritis, khususnya untuk mencipta idea baru, mencerna idea, menilai kemunasabahan idea dan menyelesaikan masalah. Ia juga memperkenalkan kaedah membentuk kemahiran pemikiran kritis dalam kalangan pelajar bagi memungkinkan kebolehan membuat pertimbangan yang baik serta mengeluarkan pendapat atau hujahan secara kritis, sah dan bernas. Kursus ini juga melatih pelajar berfikir secara strategik, analitikal, mendalam dan radikal serta dapat membuat inferens.

 

 

KOD

APB450

KURSUS

PENULISAN AKADEMIK (ACADEMIC WRITING)

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini melatih pelajar menghasilkan penulisan akademik bahasa Melayu. Pelajar didedahkan dengan pengetahuan mengenai bentuk, struktur, jenis dan ciri penulisan akademik. Pelajar juga didedahkan dengan proses menghasilkan penulisan akademik seperti menjana pemikiran/idea, membuat rujukan, mematuhi aspek teknikal, memilih wacana dan retorik yang sesuai. Pelajar juga dilatih membuat analisis, menyemak dan menyunting penulisan akademik yang dihasilkan.Pelajar juga dilatih memberi reaksi terhadap maklumat dalam bahan rujukan sebelum dipetik untuk kutipan.

 

KOD

APB422

KURSUS

TATABAHASA BAHASA MELAYU (MALAY GRAMMAR)

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini memberikan penjelasam secara terperinci tentang aspek morfologi (morfem, imbuhan, jenis kata, pembentukan kata dan golongan kata) dan aspek sintaksis (frasa, klausa danayat) bahasa Melayu. Fokus perbincangan kursus ini merangkumi dua mazhab tatabahasa iaitu tranformasi generatif dan fungsian. Pelajar akan mengetahui dan memahami peraturan daripada kedua-dua perspektif mazhab ini.

 

KOD

BMP420

KURSUS

PENGANTAR BAHASA DAN LINGUISTIK MELAYU (INTRODUCTION TO MALAY LANGUAGE AND LINGUISTICS)

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini bertujuan memperkenalkan ilmu bahasa dan linguistik yang umum dengan mengambil contoh-contoh terutamanya daripada bahasa Melayu dan daripada pelbagai bahasa. Beberapa konsep asas dalam memahami ilmu bahasa diperkenalkan, meliputi kajian-kajian tradisional hinggalah kepada pendekatan terkini cabang-cabang kajian dalam ilmu linguistik, iaitu fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan sosiolinguistik.

 

 

KOD

BAB401

KURSUS

BAHASA ARAB 1 (ARABIC LANGUAGE 1)

SINOPSIS KURSUS

Merupakan kursus permulaan tahap I. Pada peringkat ini pelajar akan dibimbing untuk menguasai kemahiran asas bahasa Arab. Pendedahan kandungan kursus yang mudah dan sesuai diharap dapat memberi pengukuhan bahasa kepada pelajar dalam menguasai empat kemahiran bahasa di tahap pemulaan.

 

 

KOD

APB480

KURSUS

BAHASA DAN MEDIA INTERAKTIF (LANGUAGE AND INTERACTIVE MEDIA)

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pemahaman kepada pelajar mengenai penggunaan bahasa yang bersesuaian dalam media interaktif. Pelajar juga diminta memberi ulasan terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam media interaktif yang telah diterbitkan secara elektronik. Melalui tayangan klip video dan demonstrasi media interaktif dalam kelas, kursus ini akan membantu pelajar memahami dan mengawal penggunaan bahasa dalam media di samping memberi pemahaman terhadap pendekatan kritis dalam membangunkan bahan untuk media interaktif. Aktiviti-aktiviti literasi media akan membantu pelajar dalam menghasilkan projek media interaktif yang mantap.

 

 

KOD

BMP421

KURSUS

SOSIOLINGUISTIK MELAYU (MALAY SOSIOLINGUISTICS)

SINOPSIS KURSUS

Pengenalan kepada peranan bahasa dalam masyarakat. Kursus ini menekankan pengaruh bahasa dalam masyarakat dan persekitaran budaya masyarakat setempat. Tumpuan diberi kepada kepelbagaian linguistik serta kesannya dalam konteks masyarakat setempat dan masyarakat global. Pelajar didedahkan dengan istilah dan konsep yang berkaitan dengan dialek, kelainan bahasa, kepelbagaian bahasa, pemeliharaan bahasa dan peralihan bahasa. Keperluan perancangan bahasa turut diberi tumpuan.

 

 

KOD

BMP446

KURSUS

BAHASA MELAYU KHUSUS (MALAY FOR SPECIFIC PURPOSE)

SINOPSIS KURSUS

Pengenalan kepada takrif dan konsep, pelbagai ciri dan contoh bahasa Melayu khusus. Mengenal, memahami dan menghayati unsur-unsur pembinaan  bahasa Melayu khusus seperti aspek tatabahasa, leksikal, fonologi, morfologi, sintksis dan wacana. Mengenal pelbagai laras bahasa Melayu khusus dan keperluan penggunaannya (lisan dan tulisan).

 

 

KOD

APB431

KURSUS

ANALISIS KONTRASTIF (CONTRASTIVE ANALYSIS)

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini mengkaji dan menganalisis perbandingan unsur-unsur linguistik bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kursus ini juga melihat keberkesanan analisis kontrastif dalam proses-proses penterjemahan untuk menghuraikan kesilapan dalam bidang fonologi, morfologi dan sintaksis.

 

 

KOD

BMP415

KURSUS

BUDAYA DAN KOSMOLOGI MELAYU (MALAY CULTURE AND COSMOLOGY)

SINOPSIS KURSUS

Pengenalan kepada konsep asas kebudayaan bagi memahami budaya Melayu. Segala aspek tentang unsur budaya Melayu, faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan sistem nilai, pandangan dunia dan seluruh sistem budaya Melayu, adat resam, adat istiadat dan lain-lain akan dikaji.

 

KOD

BMP514

KURSUS

PROTOKOL DAN ETIKA SOSIAL (PROTOCOL AND SOCIAL ETIQUETTE)

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini memperkenalkan aspek-aspek dan komponen-komponen dalam amalan protokol khususnya di peringkat pengendalian majlis rasmi. Kemahiran-kemahiran sosial di pejabat dan di majlis rasmi seperti adab bercakap, adab di meja makan, sahsiah rupa diri dan lain-lain diberikan sebagai pelengkap kepada pelajar untuk menangani situasi berprotokol.

 

KOD

APB532

KURSUS

TEORI DAN AMALI TERJEMAHAN (TRANSLATION THEORY  AND PRACTICE)

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini memberi tumpuan kepada disiplin ilmu terjemahan yang mencakupi aspek teori dan amali terjemahan. Bahagian teori terjemahan mengkaji perkembangan, sejarah, definisi, prinsip dan teori terjemahan. Bahagian amali memberi pendedahan kepada pelajar tentang proses dan kaedah terjemahan yang sesuai berdasarkan jenis teks dan konteks.

 

 

KOD

BMP533

KURSUS

ANALISIS WACANA (DISCOURSE ANALYSIS)

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini memberi pendedahan analisis wacana dalam bahasa lisan dan tulisan. Pendedahan meliputi aspek konsep asas wacana dan analisis wacana. Antara aspek yang dibincangkan ialah pengenalan kepada analisis wacana, bentuk dan fungsi bahasa dalam wacana, konteks, topik, unsur kohesi dan koherensi dalam menghasilkan wacana yang bertautan (keutuhan wacana). Kursus ini juga menganalisis wacana lisan dan tulisan berdasarkan perkaitan kohesi dan koherensi.

 

 

KOD

BMP534

KURSUS

KETERAMPILAN PERUCAPAN BAHASA MELAYU

(EFFECTIVE PUBLIC SPEAKING SKILL)

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini memberi pengetahuan kepada pelajar tentang aspek retorik, komunikasi dan perucapan awam dan kaitannya dengan keterampilan perucapan. Pelajar juga diajar untuk menyediakan seterusnya menyampaikan teks-teks dan skrip-skrip perucapan seperti syarahan, pidato, ucapan, pengacaraan majlis, dan pengerusian sidang. Aktiviti dalam kursus ini merentas ilmu dan bidang.

 

 

KOD

BMP635

KURSUS

KETERAMPILAN PENGHUJAHAN BAHASA MELAYU (EFFECTIVE PERSUASSION SKILL)

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini memberi pengetahuan kepada pelajar untuk menyediakan seterusnya menyampaikan atau membentangkan teks-teks penghujahan seperti debat, diskusi, forum, wawancara/temuramah, laporan, kertas kerja seminar, kertas cadangan/proposal dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti bahasa dalam kursus ini merentas ilmu dan bidang.

 

KOD

BMP523

KURSUS

SEMANTIK BAHASA MELAYU (MALAY SEMANTICS)

SINOPSIS KURSUS

Pengenalan kepada ilmu, konsep asas, dan teori dalam bidang semantik. Antaranya ialah analisis komponen makna, teori relevans, pragmatik dan semantik kognitif. Perbincangan berhubung dengan perkembangan bidang tersebut secara umum dan kaitannya dengan pengajian Bahasa Melayu serta cara penelitian makna. Seterusnya ilmu semantik akan diaplikasikan dalam penggunaan bahasa Melayu.

 

KOD

APB610

KURSUS

KAEDAH PENYELIDIKAN PENGAJIAN MELAYU (RESEARCH METHODOLOGY)

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini bertujuan melengkapkan pelajar dengan falsafah, prinsip dan kaedah-kaedah yang bersesuaian dengan penyelidikan bahasa, bidang-bidang berkaitan bahasa dan pelbagai bidang yang berhubung-kait. Pelajar akan dibiasakan dengan proses sistematik yang perlu untuk memastikan kebolehpercayaan (reliability) dan kesahan (validity) penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Kursus ini akan menekankan isu-isu teori dan praktikal. Ini termasuk bidang-bidang khusus berikut : jadual penyelidikan, rekabentuk penyelidikan, pengumpulan data, analisis data, interpretasi data, aplikasi penyelidikan, penyediaan abstrak,  kertas cadangan penyelidikan serta penulisan ‘term papers’, laporan dan tesis. Perhatian juga akan diberikan kepada lain-lain aspek penyelidikan seperti dokumentasi, plagiarisme, penyuntingan dan ‘proof-reading’.

 

KOD

BMP633

KURSUS

PRAGMATIK SILANG BUDAYA (CROSS-CULTURAL PRAGMATICS)

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini menekankan pemahaman pelajar Melayu terhadap konteks sosial spesifik dan kognitif dalam wacana lisan dan tulisan dalam bahasa dan budaya lain.  Kursus ini merangkumi perkembangan teori lakuan bahasa, maksim lisan, perkaitan dan implikatur, jenis aktiviti dan kejadian-kejadian komunikatif.  Kursus ini juga menumpukan kajian terhadap tindak laku linguistik pengguna bahasa dari latar belakang etnolinguistik yang berbeza, aplikasi pragmatik dalam komunikasi silang budaya, peningkatan kompeten pragmatik dalam bahasa pertama dan bahasa kedua serta dalam konteks normal dan tidak normal.

 

KOD

BMP636

KURSUS

KETERAMPILAN PERBINCANGAN BAHASA MELAYU (EFFECTIVE NEGOTIATION SKILL)

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini memberi pengetahuan dan melatih pelajar untuk menyediakan, menyampaikan atau membentangkan kemahiran bahasa berbentuk perbincangan seperti dalam forum, taklimat, temuduga, mesyuarat, perundingan, dan lain-lain. Aktiviti bahasa dalam kursus ini merentas ilmu dan bidang.

 

KOD

BMP646

KURSUS

LATIHAN INDUSTRI (PRACTICAL SKILL)

SINOPSIS KURSUS

Latihan Amali berjumlah 3 jam kredit dan diwajibkan kepada semua pelajar. Pelajar boleh memilih untuk menjalankan latihan amali dalam sektor awam atau swasta. Tempoh masa untuk latihan amali ini adalah selama 3 bulan. Pelajar akan dinilai berdasarkan pencapaian mereka semasa menjalankan latihan amali. Pada waktu yang sama, penilaian juga akan dilakukan oleh penyelia di tempat pelajar tersebut menjalankan latihan amali.

 

 

KOD

BMP656

KURSUS

PROJEK ILMIAH (ACADEMIC PROJECT)

SINOPSIS KURSUS

Projek akademik yang berjumlah 6 jam kredit ini adalah wajib bagi setiap pelajar. Pelajar dibenarkan memilih topik dan bidang kajian sendiri dengan mendapat persetujuan pensyarah pembimbing. Kertas projek ini perlu ditulis dalam anggaran 10,000 patah  perkataan.

 

Kursus

Semester 1

BEL403           Language Enrichment

BEL492           Presentation Skills

APB 410          Pendekatan  & Amalan Berfikir

APB450           Penulisan Akademik (Bahasa Melayu)

APB422           Tatabahasa Bahasa Melayu

BMP420           Pengantar Bahasa dan Linguistik Melayu Ko-kurikulum I

 

Semester 2

APB480          Bahasa dan Media Interaktif

BMP421          Sosiolinguistik Melayu

BMP466          Bahasa Melayu Khusus

BMP514          Protokol dan Etika Sosial

APB431          Analisis Kontrastif

BMP415          Budaya dan Kosmologi Melayu

Ko-kurikulum II

Bahasa Ketiga I

 

Semester 3

APB532          Teori dan Amali Terjemahan

BMP533          Analisis Wacana

BMP534          Keterampilan Perucapan (Bahasa Melayu)

MGT420          Principles and Practice of Management

MKT420          Principles and Practice of Marketing

ECO415          Economics

Ko-Kurikulum III

Bahasa Ketiga II

 

Semester 4

APB610          Kaedah Penyelidikan (Pengajian Melayu)

BMP535          Keterampilan Penghujahan (Bahasa Melayu)

BMP623          Semantik Bahasa Melayu

BMP633          Pragmatik Silang Budaya

CTU551          Tamadun Islam dan Tamadun Asia

MGT532         Organizational Behaviour

Bahasa Ketiga III

 

Semester 5

BEL 499         Communication and Interpersonal Skills

ETR300          Fundamental of Entrepreneurship

CTU553          Hubungan Etnik

BMP538          Keterampilan Perbincangan (Bahasa Melayu)

RET530          Concept and Practice of Retailing

MGT417          Information Technology in Business

IBM530           Introduction to International Business

 

Semester 6

BMP647          Latihan Industri

BMP657          Projek Ilmiah

Prospek Kerjaya

Bidang kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan adalah seperti berikut :

  • Agensi Kerajaan dan Swasta
  • Penerbitan Khusus Bidang
  • Pengurusan dan Pentadbiran
  • Perhubungan Antarabangsa / Diplomatik
  • Perhubungan Korporat
  • Perhubungan Awam
  • Pemasaran
  • Media (Radio / TV)
  • Periklanan
  • Kewartawanan
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Pelancongan, Perkhidmatan & Khidmat Rekreasi

 

Hubungi

Untuk makluman lanjut, sila hubungi :

 

Ketua Pusat Pengajian Bahasa Melayu

Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) - LG 221
Akademi Pengajian Bahasa
UiTM Malaysia
40450 Shah Alam
Selangor D.E.

 

Phone  : +603 5544 2400 / 2408
email : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

KOD

APB 410

KURSUS

PENDEKATAN DAN AMALAN BERFIKIR (PRACTICES AND APPROACHES OF THINKING)

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini memfokus kepada kemahiran berfikir secara kritis, khususnya untuk mencipta idea baru, mencerna idea, menilai kemunasabahan idea dan menyelesaikan masalah. Ia juga memperkenalkan kaedah membentuk kemahiran pemikiran kritis dalam kalangan pelajar bagi memungkinkan kebolehan membuat pertimbangan yang baik serta mengeluarkan pendapat atau hujahan secara kritis, sah dan bernas. Kursus ini juga melatih pelajar berfikir secara strategik, analitikal, mendalam dan radikal serta dapat membuat inferens.

KOD

APB450

KURSUS

PENULISAN AKADEMIK (ACADEMIC WRITING)

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini melatih pelajar menghasilkan penulisan akademik bahasa Melayu. Pelajar didedahkan dengan pengetahuan mengenai bentuk, struktur, jenis dan ciri penulisan akademik. Pelajar juga didedahkan dengan proses menghasilkan penulisan akademik seperti menjana pemikiran/idea, membuat rujukan, mematuhi aspek teknikal, memilih wacana dan retorik yang sesuai. Pelajar juga dilatih membuat analisis, menyemak dan menyunting penulisan akademik yang dihasilkan.Pelajar juga dilatih memberi reaksi terhadap maklumat dalam bahan rujukan sebelum dipetik untuk kutipan.

 

KOD

APB422

KURSUS

TATABAHASA BAHASA MELAYU (MALAY GRAMMAR)

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini memberikan penjelasam secara terperinci tentang aspek morfologi (morfem, imbuhan, jenis kata, pembentukan kata dan golongan kata) dan aspek sintaksis (frasa, klausa danayat) bahasa Melayu. Fokus perbincangan kursus ini merangkumi dua mazhab tatabahasa iaitu tranformasi generatif dan fungsian. Pelajar akan mengetahui dan memahami peraturan daripada kedua-dua perspektif mazhab ini.